PENAWAR SAKIT DAN RAWATAN PENYAKIT

Perkongsian ilmu penawar sakit dan ubat untuk rawatan penyakit.

SENARAI UBAT SAKIT PERUT – [FARMASI]

KONGSIKAN KEPADA RAKAN ANDA!

Tidak dinafikan bahawa kita sering sakit perut. Pada masa itu juga kita rasa perut memulas dan memang menyakitkan. Maka kali ini kami akan berikan senarai ubat sakit perut yang biasa dijual di farmasi.

So pada kali ini kami akan senaraikan ubat sakit perut yang ada di farmasi untuk anda beli.

Anda boleh pagi ke farmasi yang berdaftar dan boleh minta ubat sakit perut. Mereka akan bertanya kepada jenis sakit perut yang anda alami.

Samada memulas atau anda sedang mengelami masalah cerit-berit (diarea).

Sekiranya anda sedang diarea maka ubat ini perlu anda ambil.

Ubat antidiarea perlu diambil seperti berikut:

Kapsul Loperamide 2mg

Cirit-birit akut: DEWASA: Stat 4mg, diikuti 2mg selepas setiap najis (sehingga 5 hari). Biasanya 6-8mg setiap hari dan tidak lebih daripada 16mg sehari.

Cirit-birit kronik: Bermula 4-8mg setiap hari dalam dos terbahagi bergantung
kepada tindak balas. Tidak melebihi 16mg sehari.

Tablet Diphenoxylate dan Atropine Sulphate

DEWASA: Permulaan 4 tablet diikuti dengan 2 tablet 4 kali sehari sehingga cirit-birit dikawal.

Bismuth subsalicylate – SENARAI UBAT SAKIT PERUT

Lisan: Subsalisilat (dos berdasarkan tablet 262mg / 15ml atau 262mg cair): 2 tablet atau 30ml setiap 30 minit hingga 1 jam hingga 8 dos dalam masa 24 jam jika diperlukan.

Garam rehidrasi oral – SENARAI UBAT SAKIT PERUT

DEWASA: 200-400ml (1-2 paket) setiap kali membuang air besar

BACA JUGA>>>  Sejarah COVID-19 dari Wuhan China

ANAK: 200ml (1 paket) setiap kali membuang air besar. Dalam kekeringan teruk 100ml / kg selama 3-4 jam.

BAYI: 1 – 1.5 kali kuantiti makan normal (50ml setiap kali membuang air besar untuk bayi kecil)

Pelancong / pelancong yang mengalami cirit-birit mungkin mendapat manfaat daripada rawatan antibiotik.

Biasanya, cirit-birit selama tiga hari dapat dipendekkan menjadi sehari dengan rawatan antibiotik.

Walau bagaimanapun, penilaian pegawai perubatan harus dibuat dengan segera sekiranya berlaku demam, muntah atau sakit badan, cirit-birit darah bercampur, atau cirit-birit teruk yang tidak sembuh dalam masa 48 jam namun loya dan muntah tanpa cirit-birit tidak perlu dirawat dengan antibiotik.


Selain ubat cirit-birit, memakan banyak cecair dengan gula dan garam adalah penting untuk mencegah dehidrasi. Garam dan gula dalam makanan membantu usus menyerap cecair.

Susu dan produk tenusu harus dielakkan dalam 24 hingga 48 jam kerana akan membuat cirit-birit bertambah buruk.

Pilihan makanan permulaan yang digalakkan ketika ingin makan lagi adalah sup.

Jenis antidiare dan fungsi umum?

Terdapat beberapa pendekatan untuk merawat cirit-birit. Antaranya dengan menggunakan ubat. Terdapat beberapa jenis ubat antidiarea, iaitu:

Ejen rehidrasi oral


Ejen rehidrasi oral adalah agen antidiare utama yang digunakan untuk merawat cirit-birit.

Mengekalkan keseimbangan cecair dan elektrolit dalam badan sangat penting.

Ejen rehidrasi oral bertindak menggantikan cecair dan elektrolit yang hilang dari badan akibat cirit-birit.

Loperamide – SENARAI UBAT SAKIT PERUT


Loperamide adalah agen antimotilitas. Ubat ini bertindak dengan melambatkan pergerakan dalaman perut sehingga mengurangkan kelajuan makanan melaluinya.

Makanan kekal di dalam perut lebih lama dan membolehkan air diserap semula ke dalam badan.

Keadaan ini menyebabkan najis menjadi lebih keras dan kekerapan membuang air besar juga berkurang.

BACA JUGA>>>  Sejarah COVID-19 dari Wuhan China

Diphenoxylate – atropin


Diphenoxylate – atropine juga merupakan agen antimotilitas yang bertindak dengan melambatkan pergerakan usus.

Bismuth subsalicylate


Bismuth subsalicylate adalah agen bukan spesifik.

Ia bertindak dengan menyeimbangkan pergerakan cecair melalui usus.

Ia juga mengurangkan pembengkakan dan mencegah bakteria dan virus tertentu yang menyebabkan cirit-birit membiak di perut dan usus.

Ejen antibakteria


Ejen antibakteria boleh digunakan untuk merawat cirit-birit yang disebabkan oleh bakteria seperti campylobacter.

Walau bagaimanapun, agen antibakteria tidak diperlukan dalam kebanyakan kes cirit-birit.

Ubat anti-rembesan


Ubat anti-rembesan adalah kumpulan rawatan baru. Ia digunakan bersamaan dengan rawatan rehidrasi.

Ubat ini mengurangkan jumlah air yang dilepaskan ke perut semasa episod cirit-birit.

Ia boleh digunakan untuk kanak-kanak kurang dari 3 bulan dan orang dewasa.

SUMBER ARTIKEL : http://www.myhealth.gov.my/ubat-antidiarea/

BACA JUGA>>>Penyakit Gout: Punca dan Rawatan – Cara Mencegahnya