PENAWAR SAKIT DAN RAWATAN PENYAKIT

Perkongsian ilmu penawar sakit dan ubat untuk rawatan penyakit.

Sejarah COVID-19 dari Wuhan China

KONGSIKAN KEPADA RAKAN ANDA!

Berikut adalah sejarah COVID-19 dari Wuhan China mengikut Wikipedia. Semoga bermanfaat untuk kita semua.

Negara kita mengelami masalah besar apabila penyakit/virus covid-19 ini menular dikalangan rakyat ini.

Sejarah COVID-19 dari Wuhan China
Sejarah COVID-19 dari Wuhan China

Sewaktu tulisan ini dibuat [26/03/2020] jumlah kematian yang disebabkan pandemik covid-19 ini adalah 23 orang.

Jumlah kes keseluruhan : 2031

Kes aktif yang sedang dirawat : 1793

Pesakit yang telah sembuh dan discaj dari hospital : 213

Sekarang ini rakyat Malaysia sedang menjalani Arahan Kawalan Pergerakan dari 18/03-14/04. Diharap tarikh ini negara kita akan bersih dari pandemik covid-19.

Semoga Pandemik Covid-19 ini cepat2 lah lari dari bumi Malaysia tercinta ini.

Sejarah Covid-19

Ianya bermula di  Wuhan, pada bulan Disember tahun 2019, satu kes yang pertama yang menunjukkan tanda2 “pneumonia atas sebab yg tidak diketahui oleh semua” ianya hanya dikaitkan dengan pasar borong  kat Wuhan China.

Pasar Borong di Wuhan

Pasar tersebut menjual haiwan dan juga makanan laut,dan mempunyai 1000 gerai yang menjual ayam, daging, kelawar, marmot, ular berbisa, rusa dan organ-organ arnab dan pelbagai binatang liar lain, iaitu beberapa jenis daging haiwan liar, hipotesis segera pada masa itu ialah bahawa ianya adalah koronavirus baru dari yang berasal dari binatang.

Cara covid-19 menular

COVID-19 boleh menular di kalangan haiwan ke haiwan yang lain, tetapi didapati covid-19 ini telah diketahui boleh berkembang dan menjangkiti manusia ke manusia yang lain.

Seperti yang diketahui masa lalu  penyakit ini hampir sama seperti  SARS, MERS bersama-sama dengan empat koronavirus lain yang telah dijumpai dalam badan manusia yang akan menyebabkan gejala penyakit pernafasan ringan seperti selesema yang biasa.

BACA JUGA>>>  Cara Mencegah Penyakit Jantung

Urutan genom SARS-CoV-2 adalah 75 hingga 80 peratus yang sama dgn SARS-CoV, dan lebih daripada 85%  yang serupa dengan beberapa koronavirus di dalam badan kelawar.

Semua koronavirus yang diketahui menjangkiti manusia telah terbukti boleh bejangkit di kalangan manusia.

Penularan COVID-19

Penyebaran koronavirus [covid-19] ini biasanya akan dianggap terjadi di kalangan orang yang berdekatan melalui titisan pernafasan/air liur yang boleh dihasilkan melalui bersin & batuk.

Urutan betakoronavirus di Wuhan ini menunjukkan ada persamaan dgn betakoronavirus yang terdapat dalam badan seekor kelawar.

Walaupun begitu, virus ini secara genetik agak berbeza jika dibandingkan dengan koronavirus lain seperti koronavirus yang berkaitan dengan SARS dan juga koronavirus berkaitan dengan Sindrom Pernafasan Timur Tengah (MERS).

Seperti SARS-CoV, ia adalah ahli garis keturunan Beta-CoV B.

Lima genom koronavirus baru telah diasingkan dan dilaporkan termasuk BetaCoV/ Wuhan/IVDC-HB-01/2019, BetaCoV/Wuhan/IVDC-HB-04/2020, BetaCoV/Wuhan/IVDC-HB-05/Wuhan/WIV04/2019, dan BetaCoV/Wuhan/IPBCAMS-WH-01/2019 dari Institut Kebangsaan CDC China untuk Kawalan dan Pencegahan Tularan Penyakit, Institut Biologi Patogen, dan Hospital Wuhan Jinyintan.Urutan RNAnya adalah kira-kira 30 kbp dalam panjangnya.

Itulah sejarah covid-19 yang kami boleh share dengan anda, anda juga boleh baca berkenaan dengan penyakit ini di Wikipedia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *