PENAWAR UBAT SAKIT GOUT
Salam semua. Kali ini kami akan kongsikan penawar ubat sakit gaut yang biasa digunakan oleh orang ramai untuk mengubati sakit gout ini.
Kebanyakan pesakit gout akan mencari pelbagai kaedah untuk mengubat penyakit tersebut.
Kami akan cuba menghuraikan perkara berikut untuk membantu mereka yang mempunyai penyakit gaut ini.
Isi Kandungan
1. Ubat Gout Farmasi-PENAWAR UBAT SAKIT GAUT
Berikut adalah ubat sebagai penawar sakit gout yang biasa kita boleh beli di farmasi.
Non-steroidal anti-inflammatory drugs (NSAID). – PENAWAR UBAT SAKIT GOUT
Contoh : ibuprofen, naproxen dan indomethacin
NSAID boleh mengawal keradangan dan kesakitan pada sendi yang terlibat.Doktor boleh menetapkan dos yang lebih tinggi untuk menghentikan serangan akut , diikuti dengan dos harian yang lebih rendah untuk mengelakkan serangan berulang di masa depan.Iadapat melegakan serangan gout dengan cepat (dalam masa 12-24 jam). Walau bagaimanapun, NSAID hanya digunakan dalam tempoh yang singkat sahaja.
Colchicine
Jika seseorang tidak boleh mengambil NSAID, doktor boleh mencadangkan colchicine, iaitu sejenis ubat -yang berkesan mengurangkan kesakitan gout terutamanya apabila diberikan semasa serangan akut. Doktor boleh menetapkan dos harian colchicine yang rendah untuk menghalang serangan berulang di masa depan.
Baca juga>>>Cara hilangkan sakit gigi berlubang dengan cepat!
Kortikosteroid
Ubat kortikosteroid seperti prednisoneboleh mengawal keradangan dan kesakitan gout. Namun, kortikosteroid dikhaskan untuk orang-orang yang tidak boleh mengambil sama ada NSAID atau colchicine.
Sumber: http://www.myhealth.gov.my
2. Sireh laut, sireh cina, sireh pasir, sireh air, sireh bunian dan ketumpang
Dikatakan pokok ini boleh menjadi penawar ubat sakit gaut yang mujarab.
Sejauh mana keberkesanannya kami kurang pasti. Tapi ramai yang mengatakan bahawa pokok yang diberi nama Sireh laut, sireh cina, sireh pasir, sireh air, sireh bunian dan ketumpang ini mampu mengubati penyakit gaut.

Pokok ketumpang atau sirih tanah ni yang biasanya tumbuh ditempat yang lembab seperti ditepi pasu atau longkang adalah bagus untuk merawat:
- Rawatan Darah tinggi,
- Rawatan Kencing manis
- Rawatan Gout
- Rawatan Batuk
- Penawar Selesema
- Penawar sakit sendi dan perut
- Jus perahannya juga mampu mengelakkan jangkitan pada mata
- Mengubati dan meredakan cirit-birit
- Meredakan Demam
Tumbuhan ini dikatakan mampu mengurangkan paras asid urik di dalam badan lantas sesuai dijadikan ubat gout dan mengatasi masalah buah pinggang. Ia juga dikatakan mempunyai ciri-ciri anti-bakteria, anti bengkak dan penahan sakit.
Selain daripada menjadi bahan utama di dalam masakan, ia juga sesuai dibuat ulam. Boleh juga dibuat kerabu memang rasanya sangat sedap ditambah dengan hirisan nipis bunga kantan.
Daunnya yang dihancurkan dan disapukan pada kepala juga dikatakan mampu menghilangkan demam dan sakit kepala.
Baca juga>>>Apakah penyakit jantung & penyebab sakit jantung
3. Resepi penawar ubat sakit gout
Anda boleh cuba resepi dibawah ini untuk mengubati sakit gaut. Semoga berhasil.
BAHAN-BAHAN
Berikut adalah bahan-bahannya.
1 biji timun
2 batang saderi@celery
3 hirisan lemon buang biji dulu nanti pahit

CARA-CARA
1. Kisar
Anda boleh masukkan semua dalam slow juice maker untuk hasilkan jus sebenar tanpa perlu tambah air. Saya dapat dua gelas jus.
Bagi mereka yang hendak guna mesin pengisar / blender, boleh juga. Tambahkan satu gelas air dan kisar semua bahan dan tapis buang hampas.
2. Minum 2 Kali Sehari
Minum 2 kali sehari ya. Satu gelas selepas bangun tidur (awal pagi) dan satu gelas sebelum nak tidur (malam).
Tips Tambahan– PENAWAR UBAT SAKIT GOUT
Tips kalau malas hendak kena basuh bekas-bekas jus, boleh buat jus untuk dua hari siap-siap.
Maka gandakan semua bahan di atas kemudian masukkan ke dalam botol kosong.
Hendaklah menggunakan sukatan gelas yang sama supaya kuantiti jus seimbang bila nak minum nanti.
1 thought on “PENAWAR UBAT SAKIT GOUT”