Mon. Nov 18th, 2019

PENAWAR SAKIT DAN RAWATAN PENYAKIT

Perkongsian ilmu penawar sakit dan ubat untuk rawatan penyakit.

Cara Mencegah Penyakit Jantung

KONGSIKAN KEPADA RAKAN ANDA!

Salam semua. Kali ini kami akan berkongsi tips atau cara mencegah penyakit jantung untuk mereka yang sentiasa mencari info kasihatan di web https://penawarsakit.com ini.

Sepertimana yang kita sedia maklum bahawa penyakit jantung amat merbahaya kepada manusia.

Tetapi masih ramai diantara kita tidak pernah peduli pun hal sakit jantung ini.

Cara Mencegah Penyakit Jantung
Photo credit to https://publichealthmatters.blog.gov.uk

Maka dengan ini kami kongsikan sedikit cara yang boleh anda lakukan untuk mencegah penyakit jantung yang anda boleh amalkan dari masa ke semasa.

Perkara-perkara kecil yang anda lakukan setiap hari dapat membantu anda sihat dan mencegah penyakit jantung ini terjadi.

Cara Mencegah Penyakit Jantung #Bersantai dan bersembang.

Cari cara untuk mengurangkan stres. Tiga idea yang anda boleh cuba: bersenam, bermeditasi, dan bercakap dengan orang yang anda percayai.

#Jaga pemakanan anda

Banyakkan makan Buah-buahan, sayuran, protein tanpa lemak, dan bijirin penuh.

Elakan makanan yang masin, tinggi lemak yang tidak sihat, atau makanan bergoreng.

Cara Mencegah Penyakit Jantung #Buat Jadual Senaman.

Pilih beberapa aktiviti yang boleh menyeronokkan anda.

Dengan cara itu, anda sentiasa seronok melakukan senaman tersebut.

Bersenamlah sekurang-kurangnya tiga hingga empat kali seminggu selama 30 minit pada satu-satu masa.

Ia akan membakar kalori dan membantu mengurangkan berat badan anda.

#Hadkan Pengambilan Minuman alkohol.

Minum yang sederhana mungkin OK, tetapi lebih daripada itu tidak baik untuk kesihatan anda.

Apa makna minum secara sederhana?

Sehingga 1 gelas sehari untuk wanita, dan jangan lebih 2 gelas sehari untuk lelaki.

BACA JUGA>>>  Apakah penyakit jantung & penyebab sakit jantung

#Semak “nombor” anda.

Anda mungkin mempunyai tahap tekanan darah, kolesterol, atau gula darah yang tinggi yang anda tidak sedar bahawa angka semua ni tinggi.

Jumpa doktor untuk mengetahui nombor atau angka semua pekara tersebut.

Doktor anda boleh menyemak semua perkara ini.

Jika mana-mana nombor anda terlalu tinggi, dia akan mencadangkan pelan tindakan yang anda boleh lakukan seterusnya.

#Jangan merokok.

Kebiasaan tembakau bukan hanya buruk bagi paru-paru anda.

Ia juga boleh menyebabkan anda cenderung untuk mendapat penyakit jantung .

Jangan lupa berbincang dengan doktor anda untuk mendapat penyelesaian yang terbaik bagi kasihatan jantung anda.

Ia juga akan membantu anda memberi tumpuan kepada tabiat pemakanan dan juga gaya hidup yang lebih sihat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *